Panda Boy Story Panda Boy

05 March 2016

Allah Sayangkan Hamba-Nya




Hmmm….kenapa aku nak emo sangat hari ni?Tak suka…hmmm



Kadang-kadang disebabkan benda kecil pun kita boleh emo kan?Even one word can hurt others feeling.

Intonasi suara yang berbeza boleh bagi maksud yang berbeza.Contohnya intonasi kau kat orang lain berbunyi tegas tapi orang tu boleh tafsir sebagai satu perasaan marah.

“Ala…tu nak emo.Manja terlebih…over…” 

Manusia boleh cakap macam-macam tapi hanya orang yang pernah rasa je tahu macam mana perasaan tu

Aku ni entah la…memalam ni rasa nak emo pulak.Aku jadi cepat terasa dengan orang sekeliling aku.Manusia mana yang suka orang marah dia.Of course tak suka.Aku rasa macam orang sekeliling aku anggap aku ni lembap.Low giler kan self-confident aku?....Tapi tu la….aku macam lambat hadam pertanyaan orang.Setiap kali orang tanya mesti aku akan buffer jap pastu minta ulang balik soalan.Orang kena terangkan balik dekat aku one by one.So,maybe diorang akan fikir itu menyusahkan.Penat tau terang kat orang.Yeah…I got that feeling.Aku perlukan masa untuk hadam tapi time always priority.Everything nk cepat.Zaman sekarang manusia kena jadi pick up.Sadiskan hidup aku?....

Because of this,aku dapat perspektif yang orang sekeliling aku hanya mainkan aku.Bila bosan,cari aku tapi bila dah ada yang lain,aku ditinggalkan….hmmm…aku dah macam susah nak bagi kepercayaan kat orang.Its like friend just a friend unless he can proves that he really want to be your friend.Kawan untuk ketawa senang dicari tapi kawan untuk menangis susah nak cari….


Sedikit emo hari ni maybe sebab rasa tak function dalam group work…haha…apapun,just relay on Allah coz He never left you or me alone.Friend can left you just like that and find a new one but Allah never left you in whatever circumstances.Lega sikit dapat share apa yang terpendam.Manusia itu sifatnya lemah.Tak semua beban boleh dibawa sendiri.

I always said this to myself :

“Allah sayang aku sebab tu Allah uji perasaan aku dengan ragam manusia dan kehidupan.I’ve to be strong and continue life for Allah and what He has give amanah to me which is my parents.”


So,kalau korang pernah rasa apa yang ak rasa,just think positive dan ambil itu sebagai ujian dari yang Maha Esa.

Assalamualaikum….


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

28 December 2015

Surveyor / Juru Ukur

Lama ak tinggal blog ak...haha...tetiba hari ni rajin pulak nak update.Hari tu dah citer pasal architecture,landscape architecture dan urban planner.So hari ni aku nak citer pasal kerjaya surveyor atau dalam Bahasa Melayunnya dipanggil Juru Ukur.
Bidang Surveyor ni ada 4 cabang.Setakat yang aku tahu la.Manalah tahu kot-kot ada lagi cabang dia kan….


Land Surveying (LS)

Kenal tak alat yang orang panggil teodolite?Katakanlah korang berminat nak jadi LS,so korang akan belajar cara nak guna alat ni.So,LS ni kerja dia ialah mengkaji bentuk muka bumi,geografi dan topografi.Dia kena analysis keadaan bentuk muka bumi sama ada boleh bina bangunan ke tak.Bentuk muka bumi tu stabil ke tak.Kalau tak silap aku,LS ni juga tukang ukur sempadan.Something like that la ..~

ni nama dia theodolite.Gunanya untuk ambil bacaan permukaan tanah

One of the LS punya kerja



Quantity Surveying (QS)

QS ni pulak kerja dia kira kos dan kewangan supaya projek yang hendak dibangunkan itu padan dengan bajet yang ada.QS juga buat tender.Yang ni kontroversi sikit.Kerja QS ni kalau tak kuat iman…hmmm…memang ar…Kalau bab-bab rasuah kontrak ke,QS lah yang bertanggungjawab sebab diorang yang buat arrangement untuk kontrak.So,kalau ada mana-mana syarikat pembinaan yang nak kontrak yang bernilai tinggi,jumpa QS je.Kasi suap sikit…done!



Lecturer aku cakap kalau nak cepat kaya,jadi QS la.Kalau kaya dengan usaha sendiri tak pe la jugak.Ni kalau dengan duit haram,baik tak payah sebab itu akan menjadi darah daging.Tu kalau yang bernafsukan wang.Aku tahu korang takkan macam ni kan…Korang semua baik-baik…
Tugas lain QS ialah tukang bagi nasihat kat arkitek dengan engineer pasal kualiti sesuatu projek,construction method dan pilihan alternative untuk bahan binaan.Macam kalau bata A ni tak sesuai,QS akan rekomenkan bata yang lain.


QS juga kena peka dengan perubahan design sebab setiap perubahan design yang dibuat akan melibatkan kos.So,benda ni sangat penting sebab nanti dia nak kena bagitau kat client pulak pasal kos sama ada bertambah atau tak.Seorang QS tak boleh underestimate atau terr…overestimate sesuatu kos.Memang kena tepat lagikan jitu!!

Building Surveying (BS)

BS ni pulak kerja dia boleh kata macam doctor jugak.Tapi doctor yang rawat bangunan.BS akan tengok condition sesebuah bangunan.Kat mana yang nak kena repair,kat mana yang batanya dah merekah,system saliran okey ke tak.BS akan take care jugak pasal maintenance bangunan tersebut.


Kekadang,BS jugak kerjanya mengubahsuai dan memulihara sesuatu bangunan lama.Bukan senang tau nak pulihkan benda yang lama especially yang nostalgic dan ada nilah sejarah.Memang kena take care giler-giler…



BS ni jugak boleh jadi lawyer sebab diorang juga kena amik tahu pasal Akta bangunan (building law and regulation).Diorang akan check sama ada bangunan ni lepas ke tak,ok ke tak.Tapi BS juga adalah pemusnah! Kalau nak robohkan bangunan,panggil je BS.BS roger terus settle masalah.hehehe….BS akan robohkan bangunan yang client nak robohkan.


Property Management, Valuation & Estate Agency Surveying (PMVS)

PMVS ni lebih kurang macam ahli korporat la.Contohnya konsultan,market research,estate agency dan seumpamanya.


Tu je kot info yang boleh aku kongsi.Nanti aku citer pasal lain pulak…assalamualaikum….~~

Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...