Panda Boy Story Panda Boy: Wangian dan Wanita

23 May 2014

Wangian dan Wanita



Hari tu aku ada tengok fiqh wanita dan kebetulan Ustazah Istifadiah yang menjadi panel.Dalam banyak-banyak soalan yang penonton ajukan dan jawapan yang ustazah berikan,ada sesuatu yang buat aku tertarik iaitu pasal perempuan dan minyak wangi.Perempuan diibaratkan seperti bunga kan?Bila sebut bunga,mesti kita bayang cantik,wangi dan menarik kau memang debokk!!!...haha...Kalau aku,aku bayang perempuan ni macam kereta lamborgini.Mahal,cantik,cool dan exclusive!!


Ke tepikan yang tu dulu.Apa yang aku nak mention kat sini ialah mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian yang berbau tajam dan mampu menarik perhatian kaum lelaki DAN dia sembur pulak minyak wangi tu kat BAJU dia dan bukannya kat BADAN dia,dia boleh diibaratkan seperti seorang perempuan zina!!! Ya Allah...minta jauhlah macam tu.Maruah kita sebagai wanita harus dipelihara dan Allah mengangkat martabat seorang wanita.Ini menunjukkan bahawa martabat seorang wanita itu sangat tinggi.Janganlah kita pergi merendahkan dengan sendiri martabat kita.

Allah dah bagi kita akal.Pakailah elok-elok dan dengan cara yang sepatutnya.Dulu aku ada pakai minyak wangi di baju sebab malas nak sembur kat badan.Rimas konon!Tapi bila aku dapat tahu pasal ni,terus aku stop!Kadang-kadang aku ada terlupa jugak.Now,aku pakai bedak baby dan lotion baby je sebab bau dia tak adalah tajam bahkan lembut dan harum tapi tak kuatlah bau dia.Sedang-sedang.Tak menyekitkan hidung.Hari tu aku pergi tolong ayah aku kahwin bunga tembikai.Tak ada kerja nak buat.So,aku tanya ayah aku.

"Abah,mana satu bunga betina?"

"Yang ada buah kat bawah."

( yang ni bunga jantan )

So,dah kenal jantina bunga ni,aku pun teruskan kerja aku 'mengakad nikahkan' kedua-dua bunga...hehe...Masa aku tengah buat kerja,ada sesuatu yang aku perasan pasal bunga tembikai ni.Warna bunga jantan lebih terang daripada bunga betina.Secara automatik,kata-kata Ustazah Istifadiah terus terlintas di otak aku...Zzuuppp!!!...Dalam hati aku kata,:-

"Ya Allah,mungkin ini adalah bukti yang kukuh untuk menyokong statement ustazah Istifadiah.Wanita itu lebih baik kelihatan tidak menarik tetapi maruahnya terjaga sehingga sampai satu saat pasangannya akan datang mencarinya dengan sendirinya."

Apa yang aku nak katakan di sini ialah,kalau nak pakai wangi-wangian bagi wanita,tak payahlah nak pakai yang sampai buat orang pening,sakit hidung dan semerbak.Maknanya dari jauh orang dah boleh hidu wangian kita.Tok sah la..!Pakai kat badan je.Lepas tu tutup dengan baju,tudung supaya bau dia tak adalah kuat sangat dan tajam.Sedang-sedang ke.


Kalau nak pakai dalam rumah dan untuk suami,itu dibenarkan.Kalau di luar rumah...urmm....tak payahlah.Kita sebagai wanita adalah suatu perhiasan untuk suami kita dan sebaliknya.Tak payahlah nak tarik 'KUMBANG' lain kalau dah ada kumbang terpilih yang hinggap.Jadi,lepas ni sama-sama kita baiki diri kita.Moga-moga hidup kita lebih aman dan tenteram....Amin..~~

p/s : ini juga adalah peringatan dan motivasi untuk diri orang juga...


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

2 AsaRi Chan:

  1. kadang2 banyak yang telah kita pernah lakukan merupakan satu kesalahan, semoga hari2 mendatang memberi banyak pengajaran buat diri kita..salam ukhuwah.. :)

    ReplyDelete
  2. Kite memang dari dulu tak suka pakai minyak wangi.. rimas xD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...