Panda Boy Story Panda Boy: Cinta Selepas Kahwin ?

04 June 2013

Cinta Selepas Kahwin ?


Haih...sejak akhir-akhir ni banyak pulak citer pasal orang cinta selepas kahwin.Contohnya macam Fauziah Ghous,citer saya sebenarnya isteri dia...haih..banyak la...(lebih daripada satu kan....)


Best ke bercinta selepas kahwin?Tengok dalam cerita memang la best.Tapi realitinya?
Ada suatu ketika,time aku and the gang tengah lepak,coz tak dek mende nak buat,so kitorang borak-borak kosong.Tup-tup....tercerita pasal kahwin.Saja-saja....hehe.Adalah sorang member aku ni,dia cakap dia lebih prefer bercinta selepas kahwin.Dia nak suruh mak dia tolong carikan.Adalah member aku yang lain turut sokong.Tapi jauh di sudut hati aku,aku tak sokong.Apa yang aku tak sokong ialah berkenaan dengan mak dia tolong carikan jodoh.Kadang-kala pilihan orang tua memang baik dan kadang-kala tersilap.Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu.Orang zaman sekarang pandai 'berlakon'.

Kita tak kenal hati budi si dia.Tup-tup kena nikah? Apa kes..? Buatnya si dia tu kerja yang tak elok,tak ke naya dibuatnya.At least,biarlah kenal sikit.Tapi kenal sikit pun tak jadi jugak kalau si dia tu pandai berlakon...hurm...susah...susah...Tapi aku tak nafikanlah,kadang-kadang bila terfikir balik,especially time dok belajar bab nikah kahwin,ada terselit sedikit kemanisan dalam percintaan selepas kahwin.Mula-mula malu-malu kucing,lepas tu malu-malu apa pulak...ntah...hehe

Sebab tu lah orang kata jodoh,maut dan ajal,semuanya di tangan Allah.Walaupun kita tak tahu tulang rusuk siapa yang kita ambil and 'pinjam',yang sepadan akan tetap bertemu dengan yang sepadan.Macam kata-kata ustazah aku :

"Kalau nak jodoh yang baik,kita kenalah jadi baik dahulu."


Mana korang lebih suka ?
Bercinta selepas kahwin atau bercinta sebelum kahwin ?


Handsome ke G-Dragon?
Acer !!!! Cool...brader...!!!
Nak menang iPad mini free?



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

1 AsaRi Chan:

  1. hmm dua-dua ada pros & cons.. cer tgk Fauziah Ghous, takda lah x kenal langsung bkal husband dia, bercinta jugak.. Tapi tak payah lama2 klu dah berkenan terus decide kawin..mcm tu better kan ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...