Masalah Secret Crush

By Panda Boy - August 11, 2013


Ah... !!! Susahnya bila ada secret crush kat seseorang.Tapi bila kes macam ni,mesti orang tu tak nak kat kita.Kira macam cinta bertepuk sebelah tangan ler.Setiap hari kita rindu kat dia,termimpi-mimpi kat dia sampai mengigau malam...haih...akhirnya kita jugak yang terseksa.Bila tiba birthday pulak,sentiasa ternanti-nantikan ucapan daripada si dia tapi hempeh...huh...kacaunya jiwa.Akhirnya sedih sorang diri..huhu...menangis tak berlagu.Nak marah sebab tak ucap happy birthday,nanti dia jawab:

"Apa kes aku nak ucap kat kau pulak?"  Tak pun

"Sorry.Aku lupa.Okey la Happy birthday..."

Lepas ucap,nak merajuk sebab dah terlambat,..pulakk..nanti dia jawab pulak:

"Lantak kau la nak merajuk ke ,apa ke..."  tak pun macam ni jawapan dia

"Kau ni apa hal nak merajuk?Kau bukan makwe aku pun.Macam budak kecik."

Karang ada yang menangis pulak tak dek lirik.Sebab kita nak marah si dia tak boleh sebab dia tak tahu pun kita suka kat dia dan dia pun anggap kita ni gitu-gitu jer...tulah yang susahnya bila ada secret crush ni.Akhirnya hati jugak yang terluka.......
Bila time dia susah dia cari kita,bila senang buat dek jer....kita kat sebelah ni dah buat macam -macam supaya dia suka kat kita tapi akhirnya teta dipandang sebelah mata jer tak pun tak pandang langsung.
Bila si dia bergurau senda dengan perempuan  lain dan sebaliknya,of course kita cemburu sebab kita suka dia !  
 Bila cemburu mesti memberontak,dia tegur sikit,kita dah..nak marah-marab.Pastu dia tanya :
"Tanya sikit nak marah-marah pulak.Apa hal?Period ke apa?" tak pun macam ni ....yang ni baik sikit,lembut sikit nada suara

"Awak ni kenapa?Sakit ke?Nak pergi hospital?"

Woi cik kot,kita memang sakit tapi kalau pergi hospital,kita gerenti doktor tak boleh bagi ubat punya.Kita sakit hati dan mata dan telinga sebab cemburu.....tapi kita cemburu macam mana sekalipun,awak takkan nampak sebab kita suka awak dalam diam...Awak tak faham lagi ke?Kenapalah awak susah sangat nak faham?Mungkin belum sampai masanya kot tak pun mungkin tulang rusuk kita bukan milik awak...tapi kita suka awak..huhu...
So apa penyelesaian untuk masalah secret crush ni?Bagi aku mudah jer..hehe
  Solat istikharah banyak-banyak.Minta pertunjuk daripada Allah.
  Redha jika dia bukan Adam mu.Untuk mengubat hati yang lara,katakan pada diri sendiri macam ni:

Sesungguhnya Aku redha di atas apa yang terjadi kepada diriku kerana semua ini takdir Allah ke atas diriku.Sesungguhnya Allah mengujiku kerana Dia menyayangiku....
  Mulakan hidup baru dengan senyuman.
Mudah-mudahan apa yang aku kongsi kat sini dapat membantu golongan yang memerlukan...



Cinta Sejati 2013
Ketupat Besar Dekat Bas !!!Meh Gi Tengok
Raya Pun Sesak ???
Fikir-Fikirkan lah semula....




  • Share:

You Might Also Like

0 comments