TERLALU BANYAK PERSOALAN.....

By Panda Boy - March 29, 2013

Perlukah kita berubah hanya semata-mata untuk orang yang kita suka?Mungkin perlu.Macam suami isteri.Si Isteri berubah supaya si suami sayang kat dia kerana dia tahu bahawa syurga terletak dibawah tapak kaki suami....(yang ni dah confirm)
Macam mana pulak dengan orang yang kita suka tapi belum tentu si dia akan suka pada kita?(tak confirm) ?????Like Couple...hurm...
Setiap orang ada pandangan masing-masing.Ini pandangan aku.
Untuk kes macam ni,aku kira 50-50.Ada yang bernasib baik dan ada yang akan bertepuk sebelah tangan.Pada aku,tak releven untuk kita berubah kerana seseorang.Baik kita berubah kerana Allah.Kalau kita berubah kerana seseorang hanya mahu membuatkan si dia suka kat kita (sebab kita ikut taste dia) ,belum tentu si dia akan suka pada kita.
Baik kita jadi diri kita yang sebenarnya.Tak perlu nak hipokrit.Bagi aku,setiap pasangan akan menerima pasangan mereka seadanya kerana manusia ini saling melengkapi.
Adat bercinta.Ada yang terluka dan ada yang melukai.Ada bahagia dan ada duka.Tinggalkan yang duka.
Tapi ada satu persoalan.Agak-agak korang boleh jawab tak?
Mana lebih baik,TERLUKA atau MELUKAI?Pandai-pandailah korang jawab sendiri.....
Peritnya untuk melupakan seseorang kan...hurm....

aku selalu (bukan selalu pun) dengar kawan aku yang bercinta monyet citer kat kawan-kawan aku yang lain (bukan aku sorang ) yang diorang kadang-kadang susah nak melupakan orang pernah disayangi...
Untuk mencintai seseorang mengambil masa selama seminit
tetapi untuk melupakannya mengambil masa seumur hidup

kenapa perlu macam tu? Tak boleh ke kita tukar?
Untuk mencintai seseorang mengambil masa seumur hidup
tetapi untuk melupakannya mengambil masa selama seminit

Pelik kan bunyi nyer? Tukar ayat memang la boleh.Macam mana dengan perasaan? Boleh ke tukar?Kadang-kadang aku ada terfikir kenapa mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang atau sesuatu yang kita tak nak ingat.Korang ada jawapan?..hurm...

  • Share:

You Might Also Like

0 comments