kasar perempuan tak bermakna Jantan

By Panda Boy - July 08, 2012






yo..yo...wazzup....guys...hehe dah lama aku tak update blog ni (ayat basic ar tu...keke~) ni ada announcement sikit....aku nak ucap terima kasih kepada blogger atau sesiapa saja yang follow blog ni...aku mungkin akan follow lambt sikit.Okey,dah habis dah presiden Panda boy berucap menggantikan presiden barack obama...haha,jangan tanya mat salleh tu pergi mana...kahkah3x

Aku ada nak citer sikit ni kat korang.Hari tu,aku tolong parents aku hantar buah petai kat nenek aku yang 2 orang dan mak saudara aku.Nak tanya sapa suka makan petai?petai ni ada khasiat nyer tau.Dulu aku makan ,tapi sekarang dah berhenti.Okey,berbalik kepada citer kita,mula-mula aku pergi kat rumah nenek sebelah ayah aku.Kebetulan mak saudara aku yang dok kat terengganu tu balik.Dia 4 orang anak.3 boys 1 girl.Aku tertarik dengan anak perempuan dia.Kalau korang dok kat tempat aku,confirm korang akan cakap dia lelaki.Masa dia kecil,fuh...senyap jer...ayu jer.Sekarang dah besar,perangai berubah 100%.Cara dia cakap memang tak dek lembut halusnya.Kasar.Aku pun terfikir mungkin dia jadi macam ni sebab dia sorang je pompuan dalam kalangan adik-beradik dia.

<========== cousin aku bukan  macam ni okey

Lepas habis aku hantar petai,aku jadi asyik teringat jer kat sepupu aku tu.Kalau pompuan berperangai macam lelaki atau boleh dikategorikan sebagai tomboy,mesti orang tak suka.mesti orang akan kata,

'kalau dah perempuan tu buat lah macam perempuan .Tak payah nak jadi jantan!'


Eh..aku nak tanya sikit,korang tu ke sebab apa perempuan boleh jadi kasar?Kau faham ke jiwa dia?Kau ingat dia suka sangat jadi 'jantan palsu'?Kau ingat dia suka sangat orang kata dia macam-macam?Hakikatnya,dia tidak pernah suka.Sekali pun tidak.Sekasar mana pun dia, dia tetap ada naluri kewanitaan.Dia nak jugak rasa macam mana jadi seorang wanita.Pada pandangan aku,perempuan jadi kasar ada banyak sebab.Antaranya:

dia telah dikecewakan oleh kaum lelaki dan menganggap lelaki tak guna.Jadi dia tak nak dikecewakan lagi.
faktor adik-beradik di mana dia sorang jer pompuan dan yang lain adalah lelaki.Like my cousin.
sebab dia ingin melindungi orang yang dia sayang.Macam family ke....etc.
sebab ego dia tinggi dan menganggap kalau menangis bermakna lemah.kan     orang perempuan kan suka sangat nangis.Kalau aku,aku panggil 'JEBEK'
last sekali,memang perangai dia macam tu sejak dalam perut mak dia.Maybe mak dia nak anak lelaki tapi yang keluarnya anak perempuan 

Tu jelah aku rasa sebab-sebab yang aku boleh fikir dan aku rasa ada banyak lagi sebab.Kalau korang nak tahu perempuan kasar ni sebenarnya kasarnya hanya di luar tapi dalamnya lembut macam kapas.Penuh dengan sifat keibuan.Bagi aku perempuan kasar lebih baik daripada perempuan gedik.Agama memang mengharamkan perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Perempuan sekarang kasar sebab mereka nak melindungi diri mereka.Mereka tak nak dikecewakan.Hati mereka sangat lembut kalau korang cuba selami.Percayalah.So,janganlah terus salah faham terhadap perempuan yang kasar diluar tetapi lembut di dalam.

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. yeahh! tapi orang suka fikir negatif kat perempuan perwatakan kasar. -.-

    ReplyDelete
  2. @sharmiza shahar

    memang pon..padahal mereka x try pon nak selami perasan diiorang....huhu

    ReplyDelete
  3. Nice entry..sy mmg tgh wat reseacrh gak psal org jenis cmni...sb sy ade minat kt sorng llaki ni, dia ni agak kasar (dia seorg rider) tp lembut and berjaya bt sy jatuh cinta (dia xtaw sy minat dia)..tp syg dia dah kawin, and wife dia cam dia...seorng perempuan berwatak kasar..ala2 samseng sb wife dia pun rider gak..jauh berbanding sy yg lemah lembut and xda keyakinn diri..sy seada upaya ubah diri jd kasar, sb terlalu suka dia(menitik air mata sy menaip) sy nak try jd cam wife dia..berharap dia suka sy..ALLAH maha mengetahui bertapa peritnye nak lupakn dia.

    ReplyDelete
  4. @Anonymoussaya rasa tak berapa releven untuk awak berubah kerana si dia...cuba buka hati awak untuk insan yang lain tanpa merubah diri awak....memang perit melupakan seseorang teapi kumbang bukan seekor...carilah insan yang boleh menerima awak seadanya....

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah ada jugak orang paham perasaan :') bukan nak pun jadi macam ni . ramai cakap saya tomboy padahal just cara bepakaian and cara saya bercakap je macam lelaki disebabkan dibesarkan dengan dua orang abang yang gila gila diorang alh yang bagi makan semua so terikut sampai sekarang kadang kadang rasa jugak sedih kenapa orang cakap saya tomboy diorang tak paham ke itu ini . setiap hari cuba carik penawar kelakian ni .. sampai my dad cakap saya jantan sedih sampai mengalir air mata . bnyk lelaki tinggalkan saya sebb sye susah nak jadi feminin:') just keep trying to be a girl . thanks for the entires makes me feel good .

    ReplyDelete
  6. kalau lelaki xsuka dgn perempuan yang kasar then xsengaja sampaikan tangan tu mcmmane pulak ek?

    ReplyDelete
  7. Kalau kita ada ilmu agama kita xkn lakukan prkara yg slh. Dlm agama telah di beritahu, Allah melaknat perempuan menyerupai lelaki. Begitu juga lelaki yg menyerupai perempuan. Jika anda tahu, anda tdk akn lakukn. Tetapi bgntung kpd iman jg. Walauape pn alasan anda. Knp memilih jln yg slh utk menyelesaikn mslh.

    ReplyDelete
  8. Sye pon ade abg tp asal sye xjd mcm diorang lansun tp sye memang pernah dikecewakn oleh lelaki jahanam

    ReplyDelete