Sebab Kenapa Perlu Ambil Vitamin

By Panda Boy - June 21, 2012




1-proses pemasakan
makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B  kompleks dan  C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


2-Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi kalau korang tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau korang makan dengan kadar yang agak cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman korang.Orang yang memakai gig palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi sebegini.


3-Pemakanan dan Peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman korang.Oleh itu,penyerapan vitamin akan berkurangan.Meh sini aku nak citer sikit.Time aku belajat Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah(PQS),aku ada terbaca yang Rasulullah S.A.W tak suka makan makanan yang panas.Baginda akan sejukkan dulu makanan (bukan tiup eh..).Nak tahu kenapa?Sebab baginda ada berkata yang Allah tidak menciptakan makanan daripada api.Oleh itu,baginda suruh sejukkan dahulu makanan yang hendak dimakan.


4-Tekanan
Badan korang memerlukan vitamin B kompleks dan C dalam keadaan stres.Kalau macam tu,korang makan oren banyak-banyak okey.Biar kurang sikit stres tu.Biar sampai last sekali,korang ICU sebab cirit-birit.Doktor tanya kenapa?Korang jawab saya makan oren banyak sangat sebab stres ,Doc.Hurm.....nengung gu lawe,tok kecek apo.....haha....korang jangan ler buat macam tu...ada banyak lagi cara nak hilang stres.....

5-PMT(Pre-Menstrual Syndrome)
Tanda-tanda macam sakit kepala dan seumpamanya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.Vitamin B boleh diperoleh daripada telur,tomato,susu,dan kacang.Mak saudara aku cakap orang yang banyak jerawat kat muka tu sebab diorang suka makan kacang?Betul ke...??

6-Mengandung
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi.Korang(yang dok tengah mengandung ler..) perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik).A,D,E dan mineral-mineral kalsium,zat besi,magnesium,zink(bukan zink atap rumah yer..kang tok pasal kang selok situ...) dan fosforus.Fosforus dan zat besi ada dalam susu,telur dan sayur-sayuran hijau.


7-Kurang Pendedahan kepada cahaya matahari
Golongan yang kurang pendedahan kepada cahaya matahari ini kekurangan vitamin D yang penting untuk metabolisme kalsium.Vitamin D ni terdapat dalam telur ,susu,dan minyak hati ikan.Doh le kurang vitamin D tapi overdose pulak vitamin H.Tahu vitamin H tu apa?VITAMIN HANGIT....keke...cikgu aku yang cakap...

8-Pengambilan Alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan.Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin Thiamin,Niacin,Pyridoxin,asid folik,vitamin B12,vitamin C dan vitamin A.Memang patut alkohol ni haram.Banyak benda hilang dalam badan kita kalau minum banyak-banyak.Agak-agak ,orang yang suka minum alkohol ni ada hati ke tak?Kan alkohol ni boleh merosakkan hati....hehe...^_^



  • Share:

You Might Also Like

0 comments