Panda Boy Story Panda Boy: October 2014

30 October 2014

Planer?



Haih….bosannya.Tak ada benda yang nak dibuat…hurm…Tak apalah.Hari ni ak nak citer pasal planner atau dalam Bahasa melayu ialah perancang.

"Apa itu Planner?"


Bila sebut ‘planner’ atau ‘perancang’,mestilah merujuk kepada orang yang merancang.So,maksud planner ialah orang yang merancang sesuatu kawasan.Dialah yang mencorakkan macam mana bentuk dan masa depan sesebuah bandar.

Seorang planner kena berfikiran jauh ke depan.Dalam merancang atau membina sebuah bandar,planner kena ambil kira semua aspek like ekonomi,sosial dan juga persekitaran.Bagi aku,planner ni kena berfikiran secara sisitematik and creative.

"Macam mana nak bayang Planner kerjanya macam mana?"



Planner ni kerja dia macam ni.Katakanlah kau diberi tugas untuk membina sebuah bandar.So,kau akan diberi sebuah kawasan yang sangat luas.Dari situ,bermulalah kerja kau.Kau kena bijak dalam merancang.Kau kena tahu mana nak letak area untuk resident,mana area untuk industry dan macam-macam lagi.

Contoh lain ialah,kalau nak bina highway,kau kena fikir macam mana nak bina highway yang takkan berlaku kesesakkan dan macam mana nak kurang kan bunyi bising.Kat sini kau kena apply sikit science skill kau tu.Kau kena cari jalan.Kalau kau tengok sesebuah bandar yang teruk,I mean dengan trafik yang teruk giler,bangunan yang berterabur,kilang dibina dekat dengan area residential,tak ada kawasan rekreasi,tu semua salah planner sebab dia gagal merancang dengan betul.

Spesifik dalam bidang Planner

Planner tu umum tau.Dalam bidang planner,dia ada sub dia:

 Urban planning 
 Regional planning  
 Environmental planning 
 Transport planning 
 Infrastructure planning



Seorang planner kena peka dengan alam semula jadi.Kau tak bolehlah main letak je.Kau kena fikir setiap kesan atas tindakan kau.Selain menjadi planner,kau kena control jugak development.

Kalau kau dapat jadi seorang planner,apa yang kau akan buat?Apabila menjadi seorang planner,kau kena sediakan plan.Bukan sikit tapi banyak.Antaranya:



Conceptual plan 


 Master plan 


Layout Plan



Site plan



Zoning plan


Planning evaluation


Structure plan 


Local plan


Planning studies


Design Sketch


Dalam bidang planner,ada beberapa perkara yang boleh jadi panduan dalam merancang.Kau kena tanya pada diri kau sendiri.
Adakah pembangunan yang aku buat ni merupakan pembangunan yang terancang (Smart Growth)?

Adakah pembangunan yang aku buat merupakan sebuah inovasi (New Urbanism)?

Adakah pembangunan yang aku buat merupakan sebuah pembangunan yang effiecient (Intelligent Urbanism)?

Adakah pembangunan yang aku buat merupakan sebuah pembangunan yang berkemampuan(Sustainable Urban Infrastructure)?



Selain daripada menjadi planner,kau boleh jadi:

Town Planning Officer 
Corporate Town Planner 
Project Manager 
Property Developer 
Research Officer 
Town Planning Consultant or Adviser 
Specialist in the field of CADD,GIS… 
Urban Designer 
Academician 
Environmental Planner & Others


Kalau pandai Auto CAD,memang untungla…sebab dalam bidang ‘bangunan’ ni,skill memang penting.Kau pandai Auto CAD,semua benda kau bolah jadi.Kalau skill kau setakat cukup-cukup makan,hurm….x payah lah.Kau kena jadi extraordinary person.


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

25 October 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Siapa nak join klik sini <-----


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Architecture to be….?




Yo…^_^…kawan2x….Long time no writing.Hehe….sekarang tangan aku ni gatal pulak nak menaip.Architecture to be…?Hmmm…..



Yes!!! I am architecture student at UIA.Asasi baru…hehe…Kat UIA,budak architecture dipanggil ‘budak AED’ and AED memang famous kot…Tak famous kenapa …. Dengan papan yang gedabak besar,T-square pulak buat main pedang.Haiyaaa!!!....hehe…Lecturer aku cakap,budak AED ni ada dua side.GOOD and EVIL !! Time aku mula-mula masuk course ni,dalam kepala aku hanya nampak bayangan manusia yang pegang kertas kat site (Arkitek ler tu..)

Mak aku memang tak bagi sebab kata susah kerja la…itu la…ini la…abah aku OK jer…Kalau hati dah berkenan,nak buat macam mana kan?

Tapi lepas belajar,bukan arkitek je korang boleh jadi.Banyak!Korang boleh jadi landscape architect,quantity surveyor (QS),kontraktor,pakar dalam Auto CAD,designer,Urban Planner,draftman and banyak lagi.Interior ada jugak tapi lecturer aku cakap interior designer….macam…tak dianggap professional la sebab nak hias dalaman,arkitek boleh buat.Tapi ada je yang professional kat Malaysia cuma tak banyak.Unlike kat western country.

Hari ni aku nak share dengan korang pasal arkitek.Yang lain-lain tu….next time.



Siapa Arkitek?

Arkitek ni ialah orang yang design sesebuah bangunan.Arkitek ni dikira orang kedua selepas planner.Selepas planner,arkitek yang akan mengetuai projek itu pun kalau dia dilantik sebagai projek manager.Arkitek akan monitor semua proses projek daripada awal hingga akhir.Yang tak best pasal arkitek ni ialah,kalau anak buah tak buah kerja,arkitek yang kena.Nasiblah….

Kau kena faham tentang sesuatu bangunan untuk menjadi arkitek.Seorang arkitek kena tahu semua benda.Macam mana sistem saliran dan system pengudaraan.Kat mana nak buat toilet.Satu lagi,sebagai orang islam,kau kena sensitif sikit.Relate sikit dengan agama.Contonya,kalau nak buat toilet,mesti membelakangi kiblat.Tak baik!




Arkitek kena alert dengan semua benda including persekitaran.Apa kesan kat kawasan tu kalau korang bina bangunan kat situ.Apa akan jadi dengan ekosistem kat situ.Jangan main bina je sebinanya.Lepas tu,jadi macam-macam,mulalah nak tuding jari!

Kalau kat UIA,misal kata korang terpilih untuk ambil course Architecture lepas tamat kat pusat asasi.Untuk sambung degree kat Gombak,course Architecture akan ada dua part,Part I and Part II.Maknanya,kat degree nanti korang akan ambil dua degree iaitu Bachelor of Architecture dan satu lagi Bachelor Of Science.Jumlah tahun untuk kedua-dua degree ni ialah 5 tahun !!

Tapi jangan takut.Tak habis cakap lagi ni.Lecturer aku cakap,degree yang kedua tu macam korang ambil Master la.Lepas tu kalau nak jadi PROFESIONAL,korang kena kerja dulu….lepas tu ambil exam Part III.Lepas tu baru lah title ‘Profesional Architect’ tu lekat kat nama kau.

Pasal gaji aku tak boleh cakap sebab aku pun amatur lagi.Newbie lagi dalam dunia architecture ni.Tapi lecturer aku cakap,arkitek takkan jadi kaya selagi dia tak ada firma sendiri.

Kalau korang hebat dalam graphic,mungkin boleh jadi graphic illustrator.Kalau mahir dalam ICT,boleh jadi software programmer.


Setakat ni boleh bayang tak arkitek tu kerjanya macam mana?Kalau pasal gaji,peluang,tak payah risau sebab satu je kau kena set dalam kepala kau.REZEKI itu di TANGAN ALLAH …kalau Allah nak bagi,bagilah…Allah dah tetapkan rezeki setiap hambanya.Kalau ditakdirkan bukan rezeki kau untuk jadi arkitek,mungkin rezeki kau kat lain.All you have to do is to find it !...hehe….aku hanya share information yang aku tahu walaupun sikit.Nanti aku sambung yang lain pulak.


lebih kurang macam ni lah aku dalam studio..hmm...




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...