Panda Boy Story Panda Boy: Resepi Makanan Instant

04 November 2014

Resepi Makanan Instant



Hidup kat KL memang semuanya cash.Cash pulak bukan sikit tapi banyak.Hidup aku kat mahallah@asrama kat CFSIIUM ni boleh tahan la.Secara purata aku belanja RM10 sehari.So kalau seminggu,kau kiralah sendiri.Tu tak tolak lagi dengan barang AED aku yang melambung jugak la harganya.Kekadang,aku terfikir jugak macam mana nak jimat terutama bab makan sebab aku ni kuat makan.Fikir punya fikir,adalah jugak beberapa resepi makanan instant yang boleh aku kongsikan.Korang pun kalau ada,sharelah.Help me plez…


Vicoat

Bahan-bahan:

Vico@milo

Instant Quaker Oat(aku beli yang original punya)

Heater untuk panaskan air

Penyediaan:

Masak air biar sampai menggelegak menggunakan heater.

Dalam gelas,masukkan oat dan vico@milo.Letaklah sebanyak mana pun yang korang suka tapi lebihkan sikit vico@milo tu.

Masukkan air panas ke dalam gelas dan tunggu sekejap sehingga oat masak.Sambil-sambil tu,kacau la sikit biar sebati.Siap!Dah boleh makan. 



Roti bakar sup Campbell 

Bahan-bahan:



Roti gardenia

Sup Campbell instant Ayam@cendawan

Air panas

Optional-pembakar roti

Penyediaan:
Sediakan air panas.

Campurkan Sup cambell instant dengan air panas.Gaulkan biar sebati.

Kalau roommate kau ada bawak pembakar roti,boleh la kau bakar roti.Tapi kalau tak ada tak payahlah pergi beli pulak.Celup je dalam sup tu dan nikmatinya sambil mendengar radio hit Era FM……



Sup Nasi+Ayam goreng

Bahan-bahan:


Perencah mee sup

Nasi kosong

Ayam goreng

Air panas

Penyediaan:

Panaskan air.

Lepas air masak,masukkan dalam mangkuk sekali dengan perencah.Gaulkan sampai sebati dan beraroma.

Lepastu masukkan nasi dan ayam yang sudah dicarik-carikkan.

Gaul dan nikmatinya.Confirm kau akan kenyang.


Tu je kot resepi yang aku boleh kong si setakat ni.At least ada 3 resepi.Cukup la tu.Nanti kalau neuron aku bercambah dan membuahkan resepi baru,akan aku kongsikan.Tapi aku ada satu peringatan.Jangan sesekali kau makan manggi.Aku tahu ianya sukar untuk berpisah dengan maggi tapi ni serious aku cakap.Kalau kau tak nak bagi otak kau benak,senak,kosong,blank…jangan makan maggi.Ni memang aku alami sendiri.Ada dalam satu minggu tu,aku makan maggi.Sebungkus.Pagi maggi.Petang maggi.Malam pun maggi.


Then,time nak buat math,otak aku macam blank.Soalan senang nak mampus tapi aku tak boleh jawab.Malu siot!Macam blank giler otak aku.Then ,sekarang ni aku nak tengah nak kawal makan maggi.Kalau boleh nak stop.Sekali sekala tu bolehlah diizinkan tapi sebaiknya stop.


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...