Panda Boy Story Panda Boy: Pakai Baju Macam Tak pakai

19 November 2014

Pakai Baju Macam Tak pakai



Yo…korang…apa khabar?Harap sihat semuanya…hehe….

Aku suka cerita berdasarkan apa yang aku tengok di sekeliling aku.So,hari ni aku nak citer pasal baju.Manusia memang pakai baju untuk tutup sebahagian anggota badan mereka kan…tapi sekarang,aku tengok orang yang pakai baju macam tak pakai baju atau lebih clear lagi berbogel.Faham tak ayat aku?Apa yang aku cakapkan ini ditujukan kepada sebahagian sahaja.Bukan semualah.


Sekarang aku tengok memang ramailah yang pakai jubbah@dress macam dalam gambar di atas.Itu bukan jubbah tetapi lebih tepat dipanggil dress.Aku nak citer pasal dress ni lah.Memanglah cantik bila pakai.Nampak elegan,anggun,ayu tetapi pernah tak korang fikir pakaian yang korang pakai tu adakah SEBENARNYA menutup aurat korang?

Ada suatu hari aku ada ternampak seorang kakak yang pakai dress yang lebih kurang macam ni.Kain untuk buat dress ni kan lembut dan macam melekat dekat badan gitu kan.So aku perhatikan kakak ni.Bila kakak ni pusing belakang,memang aku terkejut giler sebab masa dia tengah jalan,bentuk b@n**t dia memang terbentuk dan menonjol.Dalam hati,aku terus kata,mungkin inilah yang dimaksudkan berpakai tetapi hakikatnya bertelanjang.Tudung pakai oo…

Kemudian,aku teringat yang kawan aku ada citer pasal ustazah BA aku.Dia kata suami ustazah aku tu tak bagi isterinya pakai jubbah.So,ustazah aku pun tak pakai jubbah la sebab suami dia tak benarkan.


Ada satu lagi contoh.Ni masa aku tengah tunggu nombor giliran aku untuk dipanggil time pendaftaran.Time tu aku tengah duduk.Lepas tu ada seorang wanita dalam lingkungan 30-an macam tu lalu depan aku.Pakai dress ooo….tapi masa dia jalan….hurm…satu persatu paha dia terbentuk macam orang yang pakai skinny.Kain dress tu melekat dekat paha dia.So korang faham-faham lah kalau kain dah melekat dekat body.Terbentuk lah jawabnya.Aku jeling je….Aku rasa mana-mana lelaki yang tengok….aih…tergugat iman derr….perkara macam ni boleh membawa kepada fitnah tahu tak…So aku sarankan pakai baju kurung lah lebih elok.

Tak menampakkan aurat atau membentuk aurat korang.Kalau nak pakai jubbah@dress sangat,cari material kain yang tidak melekat atau material yang bila korang pakai,aurat korang tak terbentuk.Satu lagi yang tak nipis dan tak jarang.Sesuai dengan syariat agama.Nak jadi muslinah biarlah dengan cara yang betul.Tak salah nak pakai jubbah @dress tetapi biarlah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat agama.Nak cantik boleh sebab memang Allah sudah ciptakan wanita ini mahu kelihatan cantik.Tapi…..tak payah lah berlebihan sehingga boleh mengundang fitnah….Sama-samalah kita perbaiki diri kita.


Apa yang aku coretkan hari ini adalah untuk peringatan untuk diri aku juga.Aku bukanlah sempurna.Aku hanya manusia yang hina,kerdil dan selalu membuat dosa.Kesempurnaan itu milik Allah.


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

3 AsaRi Chan:

  1. hehe betol isu ni dah ramai dah duk bercakap2. tak kira senanya laki ke pmpuan. both kena jaga aurat. peringatan utk diri sendiri jugak nim --kerusiburok--

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang hampir semua pompuan nak nmpk cantik dan tayang body dgn dress camni. Material dress lycra memang tak bagus untuk buat dress... even kain dia sejul tapi satu persatu bentuk badan yg ditonjolkan. Sy sendiri pernah tengok sorang akak yg pregnant pakai dress lycra. Memang Masya'Allah! Sy yg pompuan pun boleh terkujat tgk akak tu lagi pulak kaum lelaki... malu tak pyh ckplah!

    ReplyDelete
  3. kalo jubah jnis kain nipis nie, better amik 1 size bigger n pki kain dlm.. huhuhu...
    panda ijau dtg jenguk blog panda boy... :3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...