Panda Boy Story Panda Boy: Be Positive Always

08 November 2014

Be Positive Always



Sejak bergelar ‘mahasiswi ni’,banyak benda yang aku belajar.Salah satunya berdikari.Bukan selamanya kita boleh bergantung harap kepada orang lain.Sometimes we need to stand by our own.By the way,aku ada cerita nak kongsi.Mungkin sesetengah daripada korang pernah rasa.


Korang ada buat sesuatu yang boleh la….urm…dikatakan menyusahkan tapi bukan sengaja.Korang terpaksa menyusahkan kawan korang sebab ianya berkaitan dengan keselamatan diri korang especially perempuan.Macam nak balik rayala katakana.Korang sekampung then si kawan tu kena tunggu kau sebab kau lewat sehari cuti.Lepas tu,kawan kau tu asyik mengungkit je.Bukan selalu tapi kadang-kadang.Setiap kali berborak dengan member lain then diorang ada sebut pasal kau yang menyusahkan dia.

“Dah nak buat macam mana?Terpaksalah tunggu kau.” 


“Kalau ikutkan hati,aku nak balik je.Tinggal kau kat sini sorang diri.” 

“Semuanya sebab kau.” 


Mesti terasa giler kan kalau kawan kau kata kat kau macam tu?Bagi sesetengah la…Mesti rasa down kan?Hurm…Rasa macam semua salah diletakkan atas kepala kau.Semuanya salah kau.Padahal kau tak ada niat sikit pun nak menyusahkan kawan kau.Segala-galanya terpaksa sebab demi keselamatan! 


Aku pernah rasa.Memang sedih la kawan macam menyalahkan aku atas segala-galanya.Sedih.Down giler rasa.Nak menangis pun ada tapi nak buat macam mana.Dalam hati,aku hanya nak bersangka baik je.Aku bersyukur pada Allah sebab kurniakan insan yang sudi menemani.Walaupun rasanya perit,aku tetap bersyukur.Nak complain memang tak la.Kalau diorang ungkit,aku just diam and senyum tawar jelah.Walaupun diorang bersikap terlalu ‘over’ pada aku,aku tetap senyum walaupun hati aku terluka.Aku tetap bersyukur pada Allah.Biarlah Allah saja yang tahu apa yang aku rasa dalam hati aku time tu.

Moralnya,walaupun seburuk mana kawan kita,over macam mana pun,bersyukurlah jika si dia sudi menghulurkan bantuan.Walaupun orang buat tak baik kat kita,jangan sesekali balas.Biarlah….asalkan bukan kita yang buat jahat.Nanti menyesal tak sudah.Serious aku cakap !Anyway…senyumlah sebab senyuman mampu beri kau kekuatan…. 


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...