Panda Boy Story Panda Boy: Al-Fatihah untuk Ahmad Rafikin Azman

04 November 2014

Al-Fatihah untuk Ahmad Rafikin Azman

Ahmad Rafikin
Ajal maut itu di tangan Tuhan.Salam takziah untuk keluarga arwah Ahmad Rafikin.Ahmad Rafikin,pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud,hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu.

Beliau ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat dan dilaporkan tersepit di celah batu tidak jauh daripada trek.Beliau ditemui mati kira-kira jam 3:30 petang tadi.Pada pukul 6:50 petang,jenazah dibawa turun dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom telah disertai seramai 540 peserta daripada pelbagai peringkat umur.Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah didapati tidak menyelesaikan acara marathon tersebut.Bapanya terus membuat laporan setelah anaknya tidak muncul walaupun acara tersebut telah selesai.Takziah untuk keluarga arwah.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
sumber:sinar harian,astro awani

Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...