Panda Boy Story Panda Boy: Architecture to be….?

25 October 2014

Architecture to be….?




Yo…^_^…kawan2x….Long time no writing.Hehe….sekarang tangan aku ni gatal pulak nak menaip.Architecture to be…?Hmmm…..



Yes!!! I am architecture student at UIA.Asasi baru…hehe…Kat UIA,budak architecture dipanggil ‘budak AED’ and AED memang famous kot…Tak famous kenapa …. Dengan papan yang gedabak besar,T-square pulak buat main pedang.Haiyaaa!!!....hehe…Lecturer aku cakap,budak AED ni ada dua side.GOOD and EVIL !! Time aku mula-mula masuk course ni,dalam kepala aku hanya nampak bayangan manusia yang pegang kertas kat site (Arkitek ler tu..)

Mak aku memang tak bagi sebab kata susah kerja la…itu la…ini la…abah aku OK jer…Kalau hati dah berkenan,nak buat macam mana kan?

Tapi lepas belajar,bukan arkitek je korang boleh jadi.Banyak!Korang boleh jadi landscape architect,quantity surveyor (QS),kontraktor,pakar dalam Auto CAD,designer,Urban Planner,draftman and banyak lagi.Interior ada jugak tapi lecturer aku cakap interior designer….macam…tak dianggap professional la sebab nak hias dalaman,arkitek boleh buat.Tapi ada je yang professional kat Malaysia cuma tak banyak.Unlike kat western country.

Hari ni aku nak share dengan korang pasal arkitek.Yang lain-lain tu….next time.



Siapa Arkitek?

Arkitek ni ialah orang yang design sesebuah bangunan.Arkitek ni dikira orang kedua selepas planner.Selepas planner,arkitek yang akan mengetuai projek itu pun kalau dia dilantik sebagai projek manager.Arkitek akan monitor semua proses projek daripada awal hingga akhir.Yang tak best pasal arkitek ni ialah,kalau anak buah tak buah kerja,arkitek yang kena.Nasiblah….

Kau kena faham tentang sesuatu bangunan untuk menjadi arkitek.Seorang arkitek kena tahu semua benda.Macam mana sistem saliran dan system pengudaraan.Kat mana nak buat toilet.Satu lagi,sebagai orang islam,kau kena sensitif sikit.Relate sikit dengan agama.Contonya,kalau nak buat toilet,mesti membelakangi kiblat.Tak baik!




Arkitek kena alert dengan semua benda including persekitaran.Apa kesan kat kawasan tu kalau korang bina bangunan kat situ.Apa akan jadi dengan ekosistem kat situ.Jangan main bina je sebinanya.Lepas tu,jadi macam-macam,mulalah nak tuding jari!

Kalau kat UIA,misal kata korang terpilih untuk ambil course Architecture lepas tamat kat pusat asasi.Untuk sambung degree kat Gombak,course Architecture akan ada dua part,Part I and Part II.Maknanya,kat degree nanti korang akan ambil dua degree iaitu Bachelor of Architecture dan satu lagi Bachelor Of Science.Jumlah tahun untuk kedua-dua degree ni ialah 5 tahun !!

Tapi jangan takut.Tak habis cakap lagi ni.Lecturer aku cakap,degree yang kedua tu macam korang ambil Master la.Lepas tu kalau nak jadi PROFESIONAL,korang kena kerja dulu….lepas tu ambil exam Part III.Lepas tu baru lah title ‘Profesional Architect’ tu lekat kat nama kau.

Pasal gaji aku tak boleh cakap sebab aku pun amatur lagi.Newbie lagi dalam dunia architecture ni.Tapi lecturer aku cakap,arkitek takkan jadi kaya selagi dia tak ada firma sendiri.

Kalau korang hebat dalam graphic,mungkin boleh jadi graphic illustrator.Kalau mahir dalam ICT,boleh jadi software programmer.


Setakat ni boleh bayang tak arkitek tu kerjanya macam mana?Kalau pasal gaji,peluang,tak payah risau sebab satu je kau kena set dalam kepala kau.REZEKI itu di TANGAN ALLAH …kalau Allah nak bagi,bagilah…Allah dah tetapkan rezeki setiap hambanya.Kalau ditakdirkan bukan rezeki kau untuk jadi arkitek,mungkin rezeki kau kat lain.All you have to do is to find it !...hehe….aku hanya share information yang aku tahu walaupun sikit.Nanti aku sambung yang lain pulak.


lebih kurang macam ni lah aku dalam studio..hmm...




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...