Panda Boy Story Panda Boy: May 2014

23 May 2014

Wangian dan Wanita



Hari tu aku ada tengok fiqh wanita dan kebetulan Ustazah Istifadiah yang menjadi panel.Dalam banyak-banyak soalan yang penonton ajukan dan jawapan yang ustazah berikan,ada sesuatu yang buat aku tertarik iaitu pasal perempuan dan minyak wangi.Perempuan diibaratkan seperti bunga kan?Bila sebut bunga,mesti kita bayang cantik,wangi dan menarik kau memang debokk!!!...haha...Kalau aku,aku bayang perempuan ni macam kereta lamborgini.Mahal,cantik,cool dan exclusive!!


Ke tepikan yang tu dulu.Apa yang aku nak mention kat sini ialah mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian yang berbau tajam dan mampu menarik perhatian kaum lelaki DAN dia sembur pulak minyak wangi tu kat BAJU dia dan bukannya kat BADAN dia,dia boleh diibaratkan seperti seorang perempuan zina!!! Ya Allah...minta jauhlah macam tu.Maruah kita sebagai wanita harus dipelihara dan Allah mengangkat martabat seorang wanita.Ini menunjukkan bahawa martabat seorang wanita itu sangat tinggi.Janganlah kita pergi merendahkan dengan sendiri martabat kita.

Allah dah bagi kita akal.Pakailah elok-elok dan dengan cara yang sepatutnya.Dulu aku ada pakai minyak wangi di baju sebab malas nak sembur kat badan.Rimas konon!Tapi bila aku dapat tahu pasal ni,terus aku stop!Kadang-kadang aku ada terlupa jugak.Now,aku pakai bedak baby dan lotion baby je sebab bau dia tak adalah tajam bahkan lembut dan harum tapi tak kuatlah bau dia.Sedang-sedang.Tak menyekitkan hidung.Hari tu aku pergi tolong ayah aku kahwin bunga tembikai.Tak ada kerja nak buat.So,aku tanya ayah aku.

"Abah,mana satu bunga betina?"

"Yang ada buah kat bawah."

( yang ni bunga jantan )

So,dah kenal jantina bunga ni,aku pun teruskan kerja aku 'mengakad nikahkan' kedua-dua bunga...hehe...Masa aku tengah buat kerja,ada sesuatu yang aku perasan pasal bunga tembikai ni.Warna bunga jantan lebih terang daripada bunga betina.Secara automatik,kata-kata Ustazah Istifadiah terus terlintas di otak aku...Zzuuppp!!!...Dalam hati aku kata,:-

"Ya Allah,mungkin ini adalah bukti yang kukuh untuk menyokong statement ustazah Istifadiah.Wanita itu lebih baik kelihatan tidak menarik tetapi maruahnya terjaga sehingga sampai satu saat pasangannya akan datang mencarinya dengan sendirinya."

Apa yang aku nak katakan di sini ialah,kalau nak pakai wangi-wangian bagi wanita,tak payahlah nak pakai yang sampai buat orang pening,sakit hidung dan semerbak.Maknanya dari jauh orang dah boleh hidu wangian kita.Tok sah la..!Pakai kat badan je.Lepas tu tutup dengan baju,tudung supaya bau dia tak adalah kuat sangat dan tajam.Sedang-sedang ke.


Kalau nak pakai dalam rumah dan untuk suami,itu dibenarkan.Kalau di luar rumah...urmm....tak payahlah.Kita sebagai wanita adalah suatu perhiasan untuk suami kita dan sebaliknya.Tak payahlah nak tarik 'KUMBANG' lain kalau dah ada kumbang terpilih yang hinggap.Jadi,lepas ni sama-sama kita baiki diri kita.Moga-moga hidup kita lebih aman dan tenteram....Amin..~~

p/s : ini juga adalah peringatan dan motivasi untuk diri orang juga...


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

20 May 2014

Pengalaman Temuduga Jadi Cikgu



Beberapa hari yang lepas,aku kena temuduga kat Kuala Lipis,Pahang untuk jadi Cikgu.Dalam ramai-ramai kawan-kawan aku,aku jugak yang kena campak kat Pahang.Nak buat macam mana...Dah takdir namanya.Terima ajelah.Aku kena temuduga untuk jadi cikgu Sains...oooo....
So,aku daftar pukul 8 dan penyelia pun bla..bla..bla...bagi taklimat itu ini.Sekejap je...lepas tu aku dan kenalan baru aku bergerak ke bilik temuduga.Bayangkan...temuduga aku pukul 10:30  pagi tapi disebabkan budak-budak yang kena pukul 9 pagi hanya dua orang yang datang,terus diaorang  panggil budak yang interview pukul 10:30 pagi.Terkejut jugak tapi relaks ajelah.Aku hanya baca sikit-sikit je pasal isu semasa.Ingat tak ingat hal lain.
Masuk je dalam bilik...DUP....DAP.!!!DUPP!!!DAPP!!!...sampaikan aku sendiri boleh dengar dengupan jantung aku.Kuat bebenor mengepam darah.Tangan jangan cakap.Basah habis...Gedebor....Hahaha...Lepas susun ikut abjad nama,panel mula suruh perkenalkan diri.Aku pun bla.....bla...bla....pasal diri aku.Tergagap jugak.Panel just cakap biasa-biasa je dengan senyuman apa semua.Tapi tetap berdebar.
Lepas tu,tayang video dan panel suruh ulas pasal video.Video yang aku tengok tu pasal seorang atlet lelaki yang berlari atas trek lepas tu dia macam kekejangan dan jatuh.Dia tetap bangun untuk meneruskan larian.Tetiba ayah dia datang dan papah dia sehingga ke garisan penamat.
Habis je tayang,tina untuk ulasan.Panel tanya apa perasan anda ketika melihat video itu...and....bla..bla...
Kali bukan ikut turn dah.Siapa nak ulas silakan.Aku atas pagar..hehe...tak awal sangat dan tak lewat sangat bagi ulasan.Aku pun ulas itu ini....bla..bla...bla...
Lepas tu adalah beberapa soalan yang dia tanya.Aku dah lupa dah.Tapi soalan terakhir dia untuk aku memang power.Dalam ramai-ramai lingkungan 7 orang,soalan aku sorang je yang lain.Panel perempuan tu tanya aku macam mana aku nak ajar budak-budak pasal larutan?Larutan?Aku pun...hah?...Fikir dulu sekejap.Aku pun pergi cerita pasal menyediakan larutan garam.


Bla....bla...bla....habis aku merapu meraban.Gagap habis.Ayat pun tunggang langgang.Tapi still okey.Nada kena mantain habis biarpun terketar-ketar.Lepas habis je sesi interview,aku fikir balik apa yang aku merapu tadi.Apasal lah aku pergi cerita pasal larutan garam? Takkan nampak dengan jelas perbezaan larutan garam yang tepu dan tak tepu.Baik aku cerita pasal gula.Adooiiii....Habis lah aku....berserah aje lah.Aku dah cuba yang terbaik..Biarlah Allah yang tentukan....hurm.....



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

17 May 2014

My First Big Gift to You !!!

Bismillahhirahmanirrahim.......dengan ini aku melancarkan contest aku iaitu 'My First Gift to You !!!'
Aku harap ramai yang akan join.Huuuup....haha.......tarik nafas dulu..hehehe....Jom kita tengok syarat-syaratnya.
Follow blog aku yang tak berapa glam ni.Wajib
Buat entry ringkas pasal contest ni
Letak banner yang x berapa cute ni
Buka facebook page aku yang kat bawah ni dan klik mana-mana 5 iklan yang aku post.Wajib!Kalau nak like terserah.Aku tak nak wajibkan.haha...
Panda Boy
Tag at least 3 orang kawan yang lain
Akhir sekali,link kan entry yang korang buat tu di kotak komen aku.
Contest ini akan tamat pada 17 Jun 2014
Nak tahu senarai hadiah?Ni dia.....hahaha ...///^_^///
Berminat?Jom join.Contest ni akan berlangsung selama sebulan disebabkan kesibukan aku yang nak pergi merantau...waa....sedih ooo kena dok jauh ngan rumah....merantaunya tak jauh cuma kat KL jer...hahaha...
Doakan aku ye....okeylah....siapa berminat nak join silakan dan siapa berminat nak sposor hadiah,aku alu-alukan.....So,akhir kata,selamat menyertai...!!!
p/s :Jika pernyertaan kurang daripada 20 orang maka secara automatik contest ini akan terbatal





Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

10 May 2014

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Mei!!!


KLik Sini Untuk join. 

Tarikh tutup: 8 Mei 2014 - 11 Mei 2014

Pakat ramai-ramai kita join supaya lebih meriah-giah-miah-piah...hohoho...Syarat boleh tengok kat blog Ain.Aku dah letak link.Tunggu korang klik je.....

Tag:
Ainur
Cahaya Mata
Anayizus

Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...