Panda Boy Story Panda Boy: Profile Steve Barakatt

10 January 2014

Profile Steve Barakatt

Siapa Steve Barakattt ??

Dilahirkan pada 17 May 1973 di Bandar Quebec,Kanada
Merupakan seorang pemain piano,penyanyi,komposer dan pengarah muzik.Pada umur 10 tahun,dia mula belajar bermain piano.Aku masa ni dok tengah main tembak-tembak lagi.Kemudian pada umur 13 tahun,dia menyertai  l'Orchestre symphonique de Qu├ębec.Selama 10 tahun dia mendalami ilmu muzik dengan menguasai muzik jazz dan klasik.
Steve telah merekodkan album solon ya iaitu Double Joie semasa berusia 14 tahun.Album ini dilancarkan di Kanada pada 11 November 1987.Seminggu kemudian,albumnya tersenarai dalam Top 20 Best Selling Album.
Pada umur 16 tahun,dia mula menghasilkan lagu dan muzik.Kira macam jadi komposer la pada umur 16 tahun.Kalau tak silap aku,pada umur 16 tahun jugaklah dia menubuhkan produksinya sendiri.Giler.Aku masa 16 tahun,still lagi dok perah otak buat add math.Korang ingat senang ke nak buat muzik?
Steve berkahwin dengan seorang ahli gimnastik sebab mak dia kata seorang pemain piano memerlukan fleksibiliti.Atas sebab tulah dia berkahwin dengan ahli gimnastik.Dia berkahwin pada 9 Mac 2007 dengan  Elena Grosheva,ahli gimnastik Olimpik dan merupakan orang Russia
Ini adalah homepage dia:
Steve Barakatt

Boleh dengar la sikit lagu dia.Antaranya :

All About Us  
 No Regrets 
 Jardin Secret  
 I'm Sorry  
 Soul Attraction 
 Hoping She Would Be There 
 Angel Over Me 
 Temptation 
 Sunrise 
 Tendres Souvenirs 
 You Were So Close
Yang ni best jugak dengar Rainbow Bridge




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...