Panda Boy Story Panda Boy: 2014

25 December 2014

Pray For Pantai Timur

Ya Allah....takut rasanya tengok bencana banjir yang berlaku kat pantai timur.Memang banjir kali ni luar biasa.Dengan arus yang deras lagi.Air naik dengan cepat giler.Semalam mak aku call.Sambil borak-borak manja,aku tanyalah mak aku pasal ayah aku sebab ayah selalu jalan-jalan tengok air banjir.Rumah aku kat Besut.So,mak aku cakap ayah kelua pergi tengok air.Nampak macam nak banjir pulak.Ya Allah....sebelum ni,kakak aku ada post gambar banjir kat rumah nenek aku.

Air paras dada tapi yang lucunya,sepupu ak selambak rock je berenang kuak rentang.....hahaha.Memang biasalah bagi budak-budak.Tengok banjir je terus ingat pesta air....Oiiii dik !! Tahun ni bukan PESTA AIR.So,kat mana-mana kawasan yang terjejas dengan banjir tuh,be careful okay.Awasi jugak budak-budak kecik yang tak dengar kata.Gambar kat bawah ni area kat Kelantan rasanya.Sama-samalah kita berdoa agar bencana ini reda dan Allah gantikan dengan yang lebih baik.



#Pray_For_Pantai_Timur



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

18 December 2014

Cara Landscape Architect

Ni aku nak kongsikan sikit video pasal landscape architect.Macam mana diorang buat kerja.Hopefully,korang boleh faham dan imagine macam mana seorang landscape architect berkerja.Selamat menonton...~






p/s: dengar citer....kalau amik kos arkitek ni memang kena pakai banya duit.Betul ke?

j/s: Memang pun.Ingat barang diorang tu murah ke?Barang kos ni boleh dikatakan barang rare tauu....so memang costly la sikit.


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

29 November 2014

Apa masalah kau ni hah?!!!

baru-baru ni aku ada bukak wassap dan kawan aku share pasal video Dr.Mashitah.Terkejut aku tengok.Apahal dia nak kutuk orang yang nak berubah pada jalan Allah?Salah ke?Kalau dia nak jadi ustaz ke,ustazah ke ,lantak dia la.Allah nak bagi dia peluang nak bertaubat.Bukan dia pakai diri kau nak berubah.Tolong la!!Belajar tinggi-tinggi tapi otak jeng..!!!Hei...!!!




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

19 November 2014

Pakai Baju Macam Tak pakai



Yo…korang…apa khabar?Harap sihat semuanya…hehe….

Aku suka cerita berdasarkan apa yang aku tengok di sekeliling aku.So,hari ni aku nak citer pasal baju.Manusia memang pakai baju untuk tutup sebahagian anggota badan mereka kan…tapi sekarang,aku tengok orang yang pakai baju macam tak pakai baju atau lebih clear lagi berbogel.Faham tak ayat aku?Apa yang aku cakapkan ini ditujukan kepada sebahagian sahaja.Bukan semualah.


Sekarang aku tengok memang ramailah yang pakai jubbah@dress macam dalam gambar di atas.Itu bukan jubbah tetapi lebih tepat dipanggil dress.Aku nak citer pasal dress ni lah.Memanglah cantik bila pakai.Nampak elegan,anggun,ayu tetapi pernah tak korang fikir pakaian yang korang pakai tu adakah SEBENARNYA menutup aurat korang?

Ada suatu hari aku ada ternampak seorang kakak yang pakai dress yang lebih kurang macam ni.Kain untuk buat dress ni kan lembut dan macam melekat dekat badan gitu kan.So aku perhatikan kakak ni.Bila kakak ni pusing belakang,memang aku terkejut giler sebab masa dia tengah jalan,bentuk b@n**t dia memang terbentuk dan menonjol.Dalam hati,aku terus kata,mungkin inilah yang dimaksudkan berpakai tetapi hakikatnya bertelanjang.Tudung pakai oo…

Kemudian,aku teringat yang kawan aku ada citer pasal ustazah BA aku.Dia kata suami ustazah aku tu tak bagi isterinya pakai jubbah.So,ustazah aku pun tak pakai jubbah la sebab suami dia tak benarkan.


Ada satu lagi contoh.Ni masa aku tengah tunggu nombor giliran aku untuk dipanggil time pendaftaran.Time tu aku tengah duduk.Lepas tu ada seorang wanita dalam lingkungan 30-an macam tu lalu depan aku.Pakai dress ooo….tapi masa dia jalan….hurm…satu persatu paha dia terbentuk macam orang yang pakai skinny.Kain dress tu melekat dekat paha dia.So korang faham-faham lah kalau kain dah melekat dekat body.Terbentuk lah jawabnya.Aku jeling je….Aku rasa mana-mana lelaki yang tengok….aih…tergugat iman derr….perkara macam ni boleh membawa kepada fitnah tahu tak…So aku sarankan pakai baju kurung lah lebih elok.

Tak menampakkan aurat atau membentuk aurat korang.Kalau nak pakai jubbah@dress sangat,cari material kain yang tidak melekat atau material yang bila korang pakai,aurat korang tak terbentuk.Satu lagi yang tak nipis dan tak jarang.Sesuai dengan syariat agama.Nak jadi muslinah biarlah dengan cara yang betul.Tak salah nak pakai jubbah @dress tetapi biarlah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat agama.Nak cantik boleh sebab memang Allah sudah ciptakan wanita ini mahu kelihatan cantik.Tapi…..tak payah lah berlebihan sehingga boleh mengundang fitnah….Sama-samalah kita perbaiki diri kita.


Apa yang aku coretkan hari ini adalah untuk peringatan untuk diri aku juga.Aku bukanlah sempurna.Aku hanya manusia yang hina,kerdil dan selalu membuat dosa.Kesempurnaan itu milik Allah.


Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Mas Idayu Naik Angin




Dalam program realiti Mentor Legend,dikatakan Mas Idayu telah mengamuk disebabkan seorang peserta yang degil dan mempersoalkan kredibiliti Mas Idayu sebagai penghibur seni.Nak tahu cerita,tengoklah video kat bawah ni.Guwa no comment pasal ni.






Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

12 November 2014

Landscape Architect



Hari ni aku nak cerita pasal landscape architect.Aku nak share setiap ilmu yang aku ada walaupun sikit. 


Siapa Landscape Architect?
Landscape architect ialah seorang yang menciptakan tempat untuk manusia untuk hidup,berkerja dan tempat untuk haiwan meneruskan kehidupan. 

Seorang arkitek juga tapi tugas dia mencantikkan kawasan luar.Landscape architect lebih banyak bermain dengan pokok dan alam semula jadi.So,siapa yang berjiwa alam tu,bolehlah apply course ni. 

Lanscape architect ni bukan sahaja mencantikkan kawasan tetapi juga memberi nafas baru kepada sesebuah kawasan.Contohnya,kawasan lombong yang terbiar,kau pulihkan balik kawasan tu supaya kawasan tu tak terus terbiar macam tu jer.Kerja macam doctor pun ada cuma kau bukan treat manusia tapi kawasan. 

The Australian Institute of Landscape Architects states that :

 "Landscape Architects research, plan, design and advise on the stewardship, conservation and sustainability of development of the environment and spaces, both within and beyond the built environment". 

Tugas Landscape architect 

Landscape architect boleh juga menentukan kat mana sesebuah bangunan itu boleh dibina,kat mana jalan itu nak dibina,kat mana nak letak pokok and kat mana nak letak walkway. 


Tatakerja landscape architect 

Berunding dengan client,engineer dan building architect untuk memahami drawing.Sebab tulah,benda first sekali yang korang kena master ialah memahami sesebuah drawing. 

Kena sediakan site plan,spesifikasi dan anggaran kos.Ingat beli pokok tak payah pakai duit ke.Satu pokok bukannya seposen. 

Kenalpasti susunan yang suda tersedia ada dan fikirkan susunan yang baru yang.Kenalah ada inovasi sikit. 

Menyediakan graphic representation dan drawing of proposed plan and design 

Menganalisis laporan mengenai keadaan environment.Macam sistem saliran.elok ke tak.kena baiki ke taka tau kena buat sambungan ke tak.Lebih kurang macam tu la 


Dalam dunia landscape,korang kena tahu apa itu soft element,apa itu hard element. 

Hard element merujuk kepada struktur daripada batuan,kaca,kayu(timber),besi dan lain-lain. 

Contoh hard element:


 Gazebo/pavilions 


 Sculptures


 Fountain


Bollard 


Pergola 


Briged 


Moon Gate 


Soft element merujuk kepada pokok atau tumbuh-tumbuhan.Air boleh jadi soft element dan juga hard element.Dalam soft element,kau kena tahu setiap layer tumbuh-tumbuhan.Recall balik geografi. 

Contoh soft element :


Ground cover/grass 


Shrubs 

 

Trees 


Tumbuh-tumbuhan yang berbau wangi 


Topiary(tumbuhan yang digubah untuk membentuk ukiran 


Ornamental garden(Shrub digubah dalam bentuk geomentri atau corak-corak yang tertentu) 


Annual plant(tumbuhan yang hayatnya hanya beberapa bulan je.Tak sampai setahun.) 



Dalam menjadi landscape architect,kau kena fikir juga macam mana nak memelihara alam.Kena faham sains la.It is about how to balance the ecosystem. 

Okay..setakat ini dulu.Next aku nak sambung yang lain.Korang boleh rujuk web kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut pasal landscape architecture.



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...