Panda Boy Story Panda Boy: KE ARAH MENJADI DEWASA

20 December 2013

KE ARAH MENJADI DEWASA

Dah lama aku tinggal blog aku.Sekarang dah lega sebab exam dan habis dan aku jadi penganggur terhormat sementara dalam rumah.Pejam celik pejam celik umur aku dah 18 tahun.Maknanya umur aku semakin meningkat dan aku semakin dewasa.

Eeeiii..bercakap pasal dewasa,naik seram aku dibuatnya.Iyalah,asyik dok fikir macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang.Aku harap sangat dapat jadi budak kecik balik.Boleh main sepuas-puasnya.Tak payah fikir banyak perkara.Kadang-kadang,aku rasa jadi dewasa ni bosan.Nothing funny.You know,always talking about something serious.Kalau gaduh sikit,dahh...nak melenting.Gaduh pulak bukan sehari dua.Ada yang sampai bertahun-tahun.

Tapi dalam pada masa yang sama,aku rasa menjadi dewasa juga suatu nikmat sebab aku dapat berfikir tentang banyak perkara.Kalau time aku tengah tengok TV,kena pulak citer tak best,hah mulalah fikiran aku terbang ke langit mana entah.Kadang-kadang aku fikir kenapa aku kena jadi dewaza?Apasal tak jadi kecik selamanya?Kenapa hidup orang dewasa banyak masalah?Aih...kusutlah!



Buat masa sekarang,hanya beberapa jawapan je yang aku dapat fikirkan.Pertamanya,sebab Allah nak semua hambanya mengenali diri-Nya melalui penciptaan manusia.Keduanya,bila kita jadi dewasa,kita akan lebih faham erti kesusahan,tanggungjawab,kasih sayang dan kemaafan.


Ketiganya sebab menjadi dewasa mengajar kita supaya jangan menganggap kehidupan sebagai suatu permainan kerana apa yang kita buat kat dunia ni,akan terpantul balik kat akhirat.KOrang rasa korang ada jawapan lain tak?Kenapa korang jadi dewasa?Suka ke jadi dewasa?Apa bestnya jadi dewasa?...hurmm....T___T








Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...