Panda Boy Story Panda Boy: December 2013

29 December 2013

Segmen click click and got money by Tieqa





Segmen tamat pada 3 Januari 2014

Sambil buat duit,sambil berkenalan.Tak ke itu dikira sebagai untung 2 dalam 1?
Cepat join !!!

Sila klik Semua Iklan aku yang ada nama NUFFNANG Dan juga yang ini


Terima kasih atas kerjasama dan kejujuran yang anda berikan



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Cute Muslimah Doodles 2

Siapa nak doodles? Angkat tangan...1..2...2...3................uh...ramai nyer..hehe
Oleh sebab aku tiada apa-apa yang hendak dibuat,so korang boleh amik free lah doodles ni...Lepasa ambil,sila bagi tau okey?Ni dia doodles nyer...








Ada siapa-siapa nak warna lain tak selain warna doodles di atas?Kalau nak ,sila bagi tahu warna tudung,baju dan kain.Kalau nak letak arnab ke ,burubg,atau apa-apa sahaja pun boleh.Warna kasut pun boleh tukar.Kalau nak sila bagi tahu sebelum 30 Disember 2013.Sebabnya kakak aku dah nak pergi maktab.So,aku tak boleh online.Kena tunggu dia balik,barulah aku boleh online..hehe..




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

27 December 2013

FIRST GIVEAWAY BY PUTRI & SYUDA




KLIK SINI UNTUK JOIN
untuk mengetahui syarat-syaratnya

Tamat : 28 Disember 2013 ( 9.00 malam )
Pengumuman pemenang : 29 Disember 2013
Tempoh menuntut hadiah : 29 Disember - 1 Januari 2014 ( 9.00 pagi )
Tempoh penghantaran hadiah : 1 Januari - 4 Januari 2014






Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Islam itu Selamat...


Islam tu indah kan?
Maksud islam ialah selamat.Aku rasa memang tepat maksudnya.Nak tahu kenapa aku cakap macam tu?Citer nyer macam ni.


Aku kalau pergi kelas aku pakai tudung bawal dan aku bawa motor.Aku bawa motor tahap medium.Hari tu,aku lambat.So aku bawk laju-laju.Masa dok tengah bawa motor tu,aku asyik dok baiki jer tudung aku ni.

Syarat pakai tudung yang menutup aurat dan mengikut syariat ialah memakai tudung yang labuh dan menutupi bahagian dada.Angin kan kuat.So aku dok asyik baiki jer tudung aku.Pastu,time belajar,aku ada termenung sekejap.



Entah kenapa tetiba je ada niat nak pakai jilbab sekolah.Aku kan tak ada jilbab lain selain jilbab sekolah.Aku asyik dok fikir.Kalau aku pakai tudung,pastu bawak motor,angin pulak kuat,mesti terselak sikit tudung aku dan menampakkan bahagian yang sepatutnya aku tutup.Mesti rasa tak selesa.Rasa macam tak selamat.Pastu datang pulak was-was.Kalau aku pakai jilbab,apa pulak kata classmate aku?

Yelah,selama ni kan aku asyik pakai tudung bawal je tapi tak ada lah sampai lilit tang situ,lilit tang sini.Aku just pakai biasa je.Akhirnya,aku tekad.Lantak lah orang nak kata apa pun.Aku tak kisah.Yang penting Allah tahu niat aku sebenarnya.Lagipun diorang bukannya boleh jamin hidup aku.Tak terkesan sikit lah derr...




Esoknya, aku start pakai jilbab pergi kelas.Pastu,ada sorang classmate aku tanya.Agak annoying jugak la.dia tanya :

"Eh..eh...dah pakai jilbab dah?"

Aku buat selamba rock jer...aku pun jawab

"Ha'ah..dah dapat hidayah nak berubah"

Diam terus dia.Dia saja jer tanya.

Aku tak kisah apa kata orang yang tengok aku pakai jilbab pergi kelas.Aku just tetap dalam hati aku yang aku nak berasa diri aku selamat.
Ada aku kisah kau kata apa?Aku pakai jilbab pakai kepala kau ke?Ni kata hati aku.Just untuk sedapkan hati.Aku tak peduli apa pandangan orang kat aku.Aku tak kisah...yang penting Allah ada dengan aku dan Dia tahu apa yang aku buat...Aku citer semua ni bukan nak riak ke,nak berlagak bagus ke.  

I"M NOT LIKE THAT !!!

Aku bukannya alim sangat.Aku cuma nak kongsikan yang Islam itu selamat.Kalau kita ikut apa yang sepatutnya dalam agama,Insya-Allah,kita akan berasa selamat sebab Allah ada dengan kita.




Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

26 December 2013

Tips Untuk Menjadi Lelaki Idaman Wanita

Hai readers!
Hari ini aku nak kongsi tips sikit untuk macam mana untuk menjadi lelaki idaman wanita.Tips ni boleh la dikatakan untuk golongan lelaki.So,apa tipsnya?


 Numbers graphics Lelaki yang ada pegangan agama yang kukuh
Tips ini memang top la!Penting der untuk ada pegangan agama yang kukuh.Seorang wanita memerlukan seorang pembimbing untuk membimbing dirinya ke arah jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.Kalau kau tak dek pegangan agama yang kukuh,perempuan mana nak kat kau.Kata nak perempuan yang baik.So baikkan diri tu dulu.Satu lagi,lelaki yang ada pegangan agama yang kukuh dimana solat tak tinggal,puasa tak tinggal dan butir bicara pun elok,wajah dia akan berseri tau.Dah kalau wajah berseri macam mentol,perempuan mana tak nak pandang.Bukan sekali,beribu-ribu kali.

Numbers graphics Penyabar dan Penyayang
Orang perempuan ni sebenarnya banyak kerenah nak kena layan.Asyik-asyik nak pergi shopping.Entah apa yang dibelinya entah.So,kaum lelaki kenalah bersabar dan bukannya panas baran.Allah dah kurniakan korang 9 akal dan 1 nafsu sedangkan perempuan 9 nafsu 1 akal.So,gunakanlah sebaik-baiknya.
lelaki lebih bijak daripada perempuan sebenarnya. Sebab itu jugalah ,talak berada di tangan lelaki.Mereka lebih rasional.Kalau talak dok kat tangan perempuan,alamatnya,jam terus mahkamah.Hakim pun naik bengong sampai licin kepala sebab asyik dok settle kes cerai.JAdilah lelaki penyayang kerana wanita ingin disayang dan bukannya untuk dianiaya.

 Numbers graphics Romantik tapi nakal
Yang ni pun penting jugak.Ciri macam ni aku rasa hanya ada pada orang tertentu jer..Korang kenalah romantik sikit tapi dalam pada masa yang sama korang kena 'nakal' jugak.Ini bertujuan untuk menceriakan si dia.Kalau aku,aku lebih prefer percintaan selepas kahwin.Sebabnya kalau korang nak buat romantik tapi nakal macam dalam cerita korea,tak ada masalah.Ikatan dah sah dan halal.Tak ada dosa.Tapi cover line lah sikit.Orang perempuan ni kita kena jentik sikit hati diorang.Barulah terasa.Ada perempuan yang tak berapa suka lelaki yang serious.Nak gurau sikit,dah nak marah.Ada jugak perempuan yang suka lelaki yang cool.Tapi bila dia buat silap,dia jadi anak kucing.Cute der...

Numbers graphics Menghormati wanita
Wanita suka lelaki yang menghormati mereka kerana ini akan menjadikan mereka hormat pada lelaki tersebut.Bila nak tegur sesuatu,tegur dengan cara yang baik.Bila nak minta sesuatu,mintalah dengan cara yang baik.Ini tidak.Asal tak bagi jer nak naik kuasa veto.Aku lempang baru tahu!Aku memang pantang lelaki yang suka mengongkong.Kau kena ingat.Siapa kau nak control hidup orang lain.Semua benda dalam dunia ini termasuk manusia,segala-galanya adalah milik Allah Yang Maha Esa.Satu lagi jangan sewenang-wenangnya pegang-memegang.Kebanyakan perempuan 

Numbers graphics Tidak Merokok
Yang ini memang majoriti ciri idaman wanita.Mana ada perempuan nak lelaki merokok.Kalau boleh diorang tak nak yang merokok.Kan merokok tu bahaya untuk kesihatan.So,guys janganlah merokok.Perempuan nak lelaki yang sihat supaya dapat spend time forever sehingga akhir hayat mereka.





Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

25 December 2013

Pasangan Che Ta dan Zain

Doodle Che Ta Dan Zain

Selamat pengatin baru kepada pasangan Che Ta dan Zain.Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu cicit ciut...Tuah badan ler Che Ta dan Zain.Romantik betul la diorang ni.Siap berpeluk lagi tapi tak pe lah sebab dah halal...aih...nampak sejuk betul kat Itali tu.Muka Che Ta dah macam teddy bear dah aku tengok


Cantik betul Che Ta posing.Macam anak dara...


Lebar betul Zain senyum.Isteri tu jaga elok-elok.Takut nanti kena kebas kat orang lain


Aku harap lepas ni tak ada lagi ler skandal ke,gosip ke pasal Che Ta dengan Zain.Just live happily.
Kalau boleh anak lelaki mesti hensem macam Zain and kalau anak perempuan mesti anggun macam Che Ta kan?Tak gitu?..~

















Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Saya Masih Mencintai Awak





Awak,adakah kita tak sepatutnya bertemu?
Adakah saya ni bukan takdir awak?


5 tahun kita bersama
Suka duka kita kongsi bersama
Awak gembira saya suka
Awak sedih saya berduka

Tapi....
Dalam 5 tahun tu...
Saya boleh bilang dengan jari
Berapa kali awak dan saya ketawa
Berapa kali kita keluar dating
Selebihnya,kita asyik gaduh jer
Sikit-sikit gaduh








Awak...
Saya penat
Saya penat asyik bertekak jer dengan awak
Saya nak hidup gembira dengan awak







Tapi ....
Kalau dah benda kecik macam kuman pun nak gaduh
Saya rasa...
Saya tak mampu nak teruskan perhubungan kita

Awak....
Haruskah saya berpisah dengan awak?
Adakah itu adalah jalan terakhirnya?
Saya hanya mampu berdoa
Saya pasrah awak....


Saya akan tetap mengharapkan yang terbaik
Untuk kita berdua dalam pasrah
Kerana saya masih mencintai awak...






Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

22 December 2013

Satu-Satunya Untuk Saya


Setiap hari saya curi-curi pandang kat awak
Awak tak sedar pun
Bila saya pandang awak,
saya rasa bahagia
Awak baru jer lepas main bola
Habis satu badan awak comot
Kalau boleh saya nak lap muka awak yang comot
Tapi...siapalah saya nak buat macam tu
Nanti ada yang dengki
Biarlah...
Biarlah saya jadi pencinta rahsia awak dari jauh
Hurmm....
Bilalah awak nak pandang kat saya
Saya tak cantik tapi ada manisnya
Bilalah awak nak sedar yang ada orang tengah syok habis kat awak
Saya akan tetap menunggu awak
Biarpun untuk seumur hidup saya....
Sebab saya tak nak orang lain
Saya nak awak...
Setiap hari 
Saya tulis dalam diari saya
Segala-galanya tentang awak dan perasaan saya kat awak
Saya tak mampu nak ucapkan melalui kata-kata
Cukuplah saya luahkan dalam diari saya
Suatu hari
Saya tertinggal diari saya bawah meja
Saya patah balik untuk ambil diari saya
Terkejut saya bila tengok awak tengah pegang diari saya
Saya rampas balik diari saya
Saya marah awak sebab awak dah sentuh barang saya
tanpa kebenaran
Saya tak mahu awak jumpa atau baca diari saya
Walaupun dalam hati 
saya gembira sebab awak dah tahu tentang perasaan saya
Saya malu awak....malu sangat !!!
Esoknya,saya tengok ada bunga atas meja saya
Awak nak minta maaf
Awak nak jumpa saya
Hati saya berdebar
Rasa macam nak pecah jer jantung saya
Tapi saya jugak bimbang
Bimbang awak marah 
Awak marah saya ke sebab saya marah kat awak?
Awak,tolong jangan benci saya
Rupa-rupanya
Awak suka saya tapi tak terluah
Awak takut saya tolak cinta awak
Saya gembira
  

Akhirnya awak cinta kat saya
Awak,saya nak mencintai awak

Setulus hati saya
Sebab awaklah satu-satunya untuk saya.....

p/s : Inspirasi daripada citer Pacman ^_^



Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

20 December 2013

KE ARAH MENJADI DEWASA

Dah lama aku tinggal blog aku.Sekarang dah lega sebab exam dan habis dan aku jadi penganggur terhormat sementara dalam rumah.Pejam celik pejam celik umur aku dah 18 tahun.Maknanya umur aku semakin meningkat dan aku semakin dewasa.

Eeeiii..bercakap pasal dewasa,naik seram aku dibuatnya.Iyalah,asyik dok fikir macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang.Aku harap sangat dapat jadi budak kecik balik.Boleh main sepuas-puasnya.Tak payah fikir banyak perkara.Kadang-kadang,aku rasa jadi dewasa ni bosan.Nothing funny.You know,always talking about something serious.Kalau gaduh sikit,dahh...nak melenting.Gaduh pulak bukan sehari dua.Ada yang sampai bertahun-tahun.

Tapi dalam pada masa yang sama,aku rasa menjadi dewasa juga suatu nikmat sebab aku dapat berfikir tentang banyak perkara.Kalau time aku tengah tengok TV,kena pulak citer tak best,hah mulalah fikiran aku terbang ke langit mana entah.Kadang-kadang aku fikir kenapa aku kena jadi dewaza?Apasal tak jadi kecik selamanya?Kenapa hidup orang dewasa banyak masalah?Aih...kusutlah!



Buat masa sekarang,hanya beberapa jawapan je yang aku dapat fikirkan.Pertamanya,sebab Allah nak semua hambanya mengenali diri-Nya melalui penciptaan manusia.Keduanya,bila kita jadi dewasa,kita akan lebih faham erti kesusahan,tanggungjawab,kasih sayang dan kemaafan.


Ketiganya sebab menjadi dewasa mengajar kita supaya jangan menganggap kehidupan sebagai suatu permainan kerana apa yang kita buat kat dunia ni,akan terpantul balik kat akhirat.KOrang rasa korang ada jawapan lain tak?Kenapa korang jadi dewasa?Suka ke jadi dewasa?Apa bestnya jadi dewasa?...hurmm....T___T








Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...