Panda Boy Story Panda Boy: Ingat Diri tu Perfect Sangat ke...

01 June 2013

Ingat Diri tu Perfect Sangat ke...



Weii...panas giler hati aku !!! Sampai dah hangit telinga aku dibuatnya.Haih...nak jugak aku lepak-lepuk-lepik jer mulut tu.Tapi sabOr jer la...

Sabar aku pun ada hadnya.Kau (bukan korang yer...jangan nak perasan pulak) ..kalau nak kutuk orang ke,keji orang ke atau cela orang ke,baik kau buat kat tempat lain.Bukan depan aku dan bukan dengan aku.Mata aku sakit,telinga aku panas ...hah..hati aku terbakar.Aku pantang tengok dan dengar orang kena kutuk atau dicela depan aku...aku tak tahan.Aku malas nak buat dosa free.
            Aku BENCI !!!!

Ayat Al-Quran sendiri dah terang-terang menyatakan bahawa mengutuk atau mencela orang lain adalah BERDOSA !!! Ada PAHAM ??!!!

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu kaum lelaki menghina kaum lelaki yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik daripada kaum yang menghina dan janganlah kaum wanita menghina kaum wanita-wanita yang lain kerana mungkin wanita yang dihina itu lebih baik daripada wanita yang menghina.Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri....

Surah Al Hujurat 49:11



Wei,sebelum kau nak kutuk orang,cermin diri tu sikit.Perfect sangat ke sampai kau nak kutuk orang tu?Dah rasa diri tu perfect sangat ke macam nabi sampai sedapp...jer mulut kau dok mengutuk orang? Nabi sendiri pun tak pernah mengutuk umatnya walaupun baginda seorang yang maksum.Kau yang dah beribu-riban dosa,main sedap...jer kutuk orang..huh 
 
Kau nak ke saham kau kat neraka tu naik?Daripada kau dok mengutuk orang tak tentu hala,baik kau pergi ambil wuduk,solat dan istighfar banyak-banyak..ye..huh..

Daebak !!!

Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...