Panda Boy Story Panda Boy: Kesunyian Dan Teman

19 July 2012

Kesunyian Dan Teman



Setelah sekian lama diri ini menyepi...kini aku kembali berblogging...hehe...kakak aku balik..so aku boleh lah update blog aku.Kat sini aku ada nak mention sikit yang segmen yang aku buat tu dah tamat dan seramai 6 orang blogger aku akan bloglist.Semua.Walaupun sikit jer yang menyertai,tapi aku tak kisah.At least,ada yang join.Aku tak buat senarai peserta yang join.Sorry sangat....
Bila sebut pasal kawan mesti kita fikir orang yang rapat dengan kita masa kat sekolah,kat U atau kat mana-mana saja.Setengah orang kata yang kita tak boleh hidup kalau tak ada kawan.Betul ke?...hehe.Bukan tak boleh hidup tapi kita akan rasa kosong dan tiada apa yang menghiburkan kita.Apa yang aku nak cakap kat sini ialah kita harus belajar hidup dalam kesunyian tanpa teman.Memang tak dinafikan yang ,bila kita rasa sunyi kita akan jadi tak happy.Tak ada kawan nak bercerita atau bergurau senda.Aku sendiri takut dengan perasaan sunyi.Aku selalu fikir apa nak buat kalau kawan aku tak datang sekolah.Kalau boleh aku tak nak hidup sorang-sorang.Tak nak!
Walaupun aku ada kawan,tapi aku tetap rasa kosong.Aku tak tahu kenapa.Maybe sebab aku anggap kawan hanya teman dan bukan peneman.Kawan hanya boleh teman kita je.Kita boleh kongsi ketawa,cerita dan semuanya dengan dia.Tapi boleh ke kita kongsi jiwa kita?Kalau kita sedih,adakah dia akan faham?Hakikatnya dia faham tapi dia tidak boleh membantu sangat.Kita yang kena tolong diri kita sendiri.Kadang-kadang,kalau kawan aku tak nak pergi tuisyen,aku jadi frust sebab aku tiada kawan.
Tapi aku cuba pujuk hati aku.Aku kata yang nak belajarnya aku,yang pandainya aku,yang nak ilmunya aku,yang nak jadi kayanya aku.Bukan dia.Dalam menuntut ilmu,dia adakalanya boleh tolong dan ada masa dia tidak boleh.Sebab itulah aku kata yang kawan hanya boleh jadi teman dan bukannya peneman.Bagi aku,aku ada peneman yang sentiasa ada tak kira aku susah atau aku senang.Aku ada Allah.Allah sentiasa bersama aku.

Hanya Dia yang memahami perasaan aku.Betul tak?Bila aku fikir macam tu,aku rasa tenang sebab aku rasa yang aku tak pernah berada dalam kesunyian....








Amacam aku punya citer??Bez x??Kalau bez sila lah Like dan Comment

0 AsaRi Chan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...